“Ya Rasulullah, ibuku Ummu Saad telah meninggal dunia, apakah amal jariah yang terbaik bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.” Maka Saad pun membina sebuah perigi dan berkata, ”Inilah untuk ibuku Ummu Saad.”
(Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, ibn Majah dan Ahmad)
Mafhum hadis: “1 hajat saudara yang kita tunaikan, Allah swt akan menunaikan 70 hajat kita.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang Rasulullah SAW telah bersabda: “Antara amal Jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.”
(Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah)
Bukankah setiap dari kita pernah mengalami bagaimana susahnya bila terputus bekalan air buat beberapa hari? Bayangkan keadaan saudara Islam kita di Kemboja, Kem Rohingya, Bangladesh, Kenya, Uganda, India dan Sri Lanka yang bertahun lamanya mengalami masalah kekurangan air yang bersih. Kita yang berada di Malaysia amat bertuah kerana dapat menikmati sumber air yang bersih dengan mudah. Ini di antara sebab kenapa kita perlu membina pam air di luar negara:
1. Faktor cuaca yang panas di negara tersebut menyebabkan takungan air menjadi kering.
2. Faktor kekerapan hujan yang turun sangat rendah dalam tempoh setahun.
3. Faktor kerajaan yang kurang mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh negara.
4. Memudahkan golongan yang tua yang uzur untuk mendapatkan bekalan air bersih dari jarak yang dekat.
Gambar pembinaan pam air yang dilaksanakan di luar negara dan pembinaan ini di buat mengikut permintaan atau keperluan penduduk setempat.