PERINCIAN AKAD

—————————-

Akad Fidyah

“Inilah wang bagi menggantikan beras fidyah/kaffarah sebanyak RM _____ yang wajib keatas diriku/wakil pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Perincian Lafaz Akad Fidyah

  1. “Inilah wang” bermaksud: wang bayaran fidyah termasuk *caj pengurusan sebanyak 10%.
  2. “Bagi menggantikan wang fidyah/kaffarah” bermaksud: Harus membayar fidyah/kaffarah dengan wang ringgit bagi menggantikan beras pada hukum asalnya.
  3. “Sebanyak RM ______ yang wajib keatas diriku/wakil” bermaksud: Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh peserta berdasarkan kiraan fidyah yang telah di buat oleh peserta sendiri atau yang di kira oleh pihak EZ Fidyah.

*Caj pengurusan adalah termasuk kos berikut:

  1. Kos penyimpanan beras (stor/Gudang).
  2. Logistik
  3. Upah pekerja logistik.
  4. Kos pentadbiran yang berkaitan.

Akad Wakaf Pam Air

“Saya/bagi pihak ______ bersetuju untuk mendapatkan 1 Unit/1 Bahagian  Pam Air bagi tujuan wakaf dan menyerahkan pengurusan kepada pihak EZ Fidyah kerana Allah Taala.”

Perincian Lafaz Akad Perkhidmatan Pam Air

“Saya/bagi pihak _____ bersetuju” adalah bermaksud:

  1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan 1 Unit/1 Bahagian bagi tujuan pembinaan wakaf pam air.
  2. Bagi pendaftaran yang kurang dari 1 Unit, pihak peserta bersetuju untuk menyerahkan kepercayaan kepada pihak EZ Fidyah untuk mencukupkan 1 unit Pam Air.
  3. Menyerahkan urusan pembinaan pam air kepada pihak EZ Fidyah.
  4. Menyerahkan urusan pemilihan negara pelaksanaan pembinaan pam air kepada pihak EZ Fidyah.
  5. Mewakilkan kepada urusetia EZ Fidyah untuk memilih lokasi dan membina pam air.
  6. Sekiranya pihak urusetia EZ Fidyah tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak EZ Fidyah.
  7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.

Akad Wakaf Al-Quran

“Saya/bagi pihak ______ bersetuju untuk mendapatkan 1 Bahagian/1 Naskhah  Al-Quran bagi tujuan wakaf dan menyerahkan pengurusan kepada pihak EZ Fidyah kerana Allah Taala.”

Perincian Lafaz Akad Perkhidmatan Al-Quran

“Saya/bagi pihak _____ bersetuju” adalah bermaksud:

  1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan 1 Bahagian/1 Naskhah bagi tujuan edaran wakaf Al-Quran.
  2. Bagi pendaftaran yang kurang dari 1 Naskhah, pihak peserta bersetuju untuk menyerahkan kepercayaan kepada pihak EZ Fidyah untuk mencukupkan 1 Naskhah Al-Quran.
  3. Menyerahkan urusan edaran Al-Quran kepada pihak EZ Fidyah.
  4. Menyerahkan urusan pemilihan negara pelaksanaan edaran Al-Quran kepada pihak EZ Fidyah.
  5. Mewakilkan kepada urusetia EZ Fidyah untuk memilih lokasi dan edaran Al-Quran.
  6. Sekiranya pihak urusetia EZ Fidyah tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak EZ Fidyah.
  7. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.

Akad Wakaf Kitab

“Saya/bagi pihak ______ bersetuju untuk mendapatkan 1 Bahagian Kitab bagi tujuan wakaf dan menyerahkan pengurusan kepada pihak EZ Fidyah kerana Allah Taala.”

Perincian Lafaz Akad Perkhidmatan Kitab

“Saya/bagi pihak _____ bersetuju” adalah bermaksud:

  1. Menyerahkan wang bayaran (RM) untuk mendapatkan 1 Bahagian bagi tujuan edaran wakaf kitab.
  2. Menyerahkan urusan edaran kitab kepada pihak EZ Fidyah.
  3. Menyerahkan urusan pemilihan negara pelaksanaan edaran kitab kepada pihak EZ Fidyah.
  4. Mewakilkan kepada urusetia EZ Fidyah untuk memilih lokasi dan edaran kitab.
  5. Sekiranya pihak urusetia EZ Fidyah tidak dapat melaksanakan perkhidmatan seperti yang dipersetujui, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak EZ Fidyah.
  6. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.

EZ Fadaa Sdn Bhd (1185505-X)

Platform Jariah Anda

POLISI SYARIKAT

Polisi Privasi

Perlindungan Data

Terma Servis

Polisi Kembalian Wang

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2000784

WhatsApp : 013-2000784