Kenali kami dengan lebih mendalam.
—————————-
EZ FADAA SDN BHD (1185505-X), juga dikenali sebagai EZ FIDYAH(EZF), ditubuhkan pada 27 April 2016 dan beroperasi sepenuhnya di Batu Caves Centrepoint, Batu Caves, Selangor.
Sebagai sebuah Syarikat persendirian, EZF menyediakan platform fidyah, kaffarah dan perkhidmatan pembinaan pam air, edaran Al-Quran dan kitab kepada pengguna. Perkhidmatan yang disediakan ini juga bertujuan untuk membantu serta memudahkan urusan yang berkaitan terutamanya di Malaysia.
Selain daripada penyedia platform digital kepada pengguna, EZF juga memberi pendedahan mengenai fidyah, kaffarah dan juga mengenai kebaikan mewakafkan pam air, Al-Quran dan kitab. Bagi agihan beras fidyah ianya dilaksanakan di dalam dan luar negara. Bangladesh, Kemboja, Kem Pelarian Rohingya dan Uganda adalah di antara negara yang terbabit.
Bagi pembinaan pam air dan edaran AL-Quran pula, kesemuanya dilaksanakan di luar negara. EZF berdedikasi dalam membantu saudara seIslam walau dimana jua mereka berada.
Kearah 50,000 peserta menjelang 2025.
Penyedia platform digital yang terkini buat peserta EZ Fidyah menjelang 2025.
Pembayaran fidyah, kaffarah dan perkhidmatan secara digital.
Menyampaikan informasi mengenai hukum hakam berkaitan fidyah, kaffarah dan wakaf kepada umat Islam khususnya di Malaysia.
Memperkenalkan platform terkini yang lebih mudah untuk menyelesaikan hutang fidyah, membayar kaffarah dan perkhidmatan wakaf.
Impak setempat
Perlaksanaan program yang memberi Impak perubahan kepada Masyarakat Sekitar.
Kesan
Hubungan baik sesama pemegang Amanah, memberi kesan menyeluruh kepada ekosistem syarikat.
Telus
Memberi akses kepada awam secara Telus untuk setiap laporan perlaksanaan, untuk manfaat peserta dan rakan kerjasama khususnya.
‘PLATFORM JARIAH ANDA’