Tahukah anda? Sebenarnya diluar sana masih ramai lagi yang amat-amat memerlukan mashaf Al-Quran untuk dibaca kerana tidak semua orang mempunyai kemudahan dan kelengkapan untuk mempelajari Al-Quran.
Dengan mewakafkan Al-Quran, kita dapat membantu masyarakat Islam di luar sana mendapat pendidikan Al-Quran dan anak-anak mereka juga pandai membaca Al-Quran.
Firman Allah SWT: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Surah Al-Qamar, Ayat 17)
Dengan mengaji Al-Quran, ia dapat menjadikan suasana dan keadaan di sekitar kita menjadi lebih tenang dan penuh dengan keberkatan
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).”
(Surah Al-Fathir : 29-30).
Orang yang membaca Al-Quran akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Begitu juga dengan orang yang mendengar bacaan Al-Quran juga akan turut mendapat rahmat.
Allah SWT telah berfirman, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : 204)
Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujadalah : 11)
Syarikat EZ FADAA SDN BHD mewujudkan wakaf quran bagi membantu pelajar-pelajar terutamanya di Madrasah komuniti Islam diluar negara. Hal ini kerana mereka tidak mampu membeli mushaf Al-Quran atas faktor kemiskinan & kedhaifan. Kami mengambil inisiatif membantu pelajar-pelajar tersebut dengan mengajak rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang dalam projek wakaf Al-Quran untuk dihadiahkan kepada mereka.
Di sini kami kongsikan beberapa keping gambar agihan di Uganda dan Bangladesh.
Untuk mengikuti perkembangan terkini sila klik butang di bawah untuk laporan penuh.