F.A.Q

Mencari jawapan bagi soalan anda?

Boleh semak di sini.

—————————-

FIDYAH

1. Apa maksud fidyah?

Fidyah ialah bayaran ganti rugi yang dikenakan ke atas seseorang yang sengaja meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

2. Apakah hukum membayar fidyah?

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dan ia wajib ditunaikan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

3. Sekiranya seseorang itu menangguhkan membayar fidyah, adakah ia akan menjadi berganda?

Sekiranya seseorang itu menangguhkan tempoh bayaran fidyah sehinggalah tiba bulan Ramadhan berikutnya, maka bayaran fidyah tersebut tidak menjadi berganda. Hal ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 iaitu: “Bahawasanya pembayaran-pembayaran fidyah dan kifarah yang tertangguh adalah tidak digandakan (harus). Ini menurut sebahagian pandangan mazhab Syafie.

4. Bagaimanakah cara hendak membayar fidyah?

Hendaklah membayar Fidyah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras atau gandum (mengikut makanan kebiasaan pada sesuatu wilayah). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 184).

Info Pengurusan Fidyah

1. Berapakah kadar bayaran fidyah?

Kadar bayaran fidyah ialah sebanyak secupak atau 700-gram makanan asasi seperti beras, iaitu bayaran untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. Fidyah hendaklah dibayar mengikut beras yang dimakan.

2. Berapakah kadar kiraan fidyah mengikut kati dan tahil?

Kadar bayaran fidyah mengikut kati dan tahil perlu mengikut jumlah cupak beras.

1 cupak = 700 gram

1 kati = 600 gram : 1.2 kati = 1 cupak

1 tahil = 37.15 gram : 1 tahil lebih =1 cupak

 Hal ini terjadi bagi mendapatkan nisbah yang hampir dengan 700 gram

3. Bagaimana cara bayar fidyah?

Kami menyediakan kalkulator fidyah untuk pengiraan dan pembayaran secara terus.

PAM AIR

1. Boleh ke 1 bahagian pam air untuk 2 nama atau satu keluarga?

Tidak boleh jika dibawah Pengurusan. Satu (1) bahagian pam air hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi jika peserta berkongsi untuk satu (1) bahagian pam air maka peserta perlu memilih satu (1) nama sahaja untuk dipamerkan di pam air tersebut sebagai wakil.

2. Boleh ke minta gambar pam air?

Boleh. Tetapi kami hanya sediakan gambar berdasarkan kepada permintaan sahaja.

3. Boleh tak pilih negara pelaksanaan pam air?

Boleh tetapi hanya bagi Permintaan sahaja. Selain dari permintaan, pihak pengurusan akan memilih negara pelaksanaan bergantung pada permintaan negara, jadi peserta tidak digalakkan memilih bagi memudahkan proses pembinaan pam air.

Pelaksanaan Pam Air

1. Dimanakah tempat pelaksanaan pam air?

EZF menjalankan projek pam air di luar negara. Antaranya di Bangladesh, Kemboja, Kem Pelarian Rohingya, Sri Lanka dan Afrika.

2. Berapa lama tempoh pembinaan pam air?

Tempoh pembinaan pam air mengambil masa 1-2 bulan untuk siap di bina.

3. Kenapa mengambil masa yang lama untuk disiapkan?
  • Ianya bergantung kepada kemasukan penyertaan pam air.
  • Wakil di luar negara perlu memastikan kawasan untuk di bina pam air itu merupakan satu keperluan.
  • Lokasi yang agak dalam dan berbukit memerlukan masa dan kemampuan tenaga kerja.
4. Bilakah pihak EZF akan membuat serahan nama peserta pam air kepada wakil di negara pelaksanaan?

Pihak EZF akan kumpulkan sekurang-kurangnya 20-unit pam air untuk buat serahan nama peserta pam air pada wakil di negara pelaksanaan.

5. Kenapa perlu tunggu sehingga 20 unit baru EZF hantar untuk pelaksanaan?

Bagi memudahkan wakil di luar negara untuk membeli barang dan membawa barang secara banyak kepada tempat yang dipilih untuk pelaksanaan pam air.

6. Selepas membuat pembayaran, bila pam air akan siap di bina?

Ianya mengambil masa kira-kira 3/4 bulan selepas pendaftaran.

Pemantauan Pam Air

1. Siapakah yang akan mengurus dan memantau proses pembinaan pam air?

Kakitangan & urusetia EZF sendiri bersama wakil dari luar negara yang telah dilantik secara rasmi untuk menguruskan projek pembinaan pam air di luar negara.

2. Adakah EZF akan menghantar wakil daripada Malaysia ke luar negara untuk pemantauan pembinaan pam air?

Ya. Pihak EZF menghantar wakil ke negara pelaksanaan untuk pemantauan dan memastikan proses pembinaan pam air berjalan dengan lancar.

Umum

1. Kenapa harga pam air lebih murah iaitu RM 100?

Supaya lebih ramai orang yang mampu dan boleh sertai pembinaan pam air.

2. Bila akan dapat sijil?

Sijil penyertaan pam air akan diposkan dalam tempoh 1-2 bulan selepas selesai pelaksanaan pam air.

AL QURAN

1. Apakah itu Program Edaran AL-Quran?

Program Edaran Al-Quran diwujudkan oleh EZ Fidyah bagi membantu saudara seIslam di luar sana yang amat memerlukan Mushaf Al-Quran yang digunakan di sekolah-sekolah agama untuk dipelajari.

2. Dimanakah Al-Quran itu diedarkan?

EZ Fidyah menjalankan program edaran Al-Quran di luar negara antaranya; Bangladesh, Kemboja, Kem Rohingya, India, Burkina Faso, Uganda dan Chad.

3. Bolehkah memilih negara untuk edaran Al-Quran?

Pihak pengurusan akan memilih negara edaran bergantung kepada permintaan negara, jadi peserta tidak digalakkan memilih bagi memudahkan proses edaran Al-Quran.

4. Bilakah pihak EZ Fidyah akan membuat serahan edaran Al-Quran?

Serahan akan di buat dalam tempoh 3 bulan bagi memudahkan proses edaran, di samping itu juga dapat memberi peluang kepada peserta lain menyertai Program Edaran Al-Quran.

5. Berapa lama tempoh masa yang di ambil untuk mendapatkan laporan edaran Al-Quran?

Peserta akan menerima laporan edaran Al-Quran dalam tempoh masa 1 bulan 15 hari (45hari) dari tarikh serahan di buat.

6. Adakah peserta akan menerima laporan bergambar dan video?

Bergantung kepada permintaan peserta.

7. Siapakah penerima edaran Al-Quran?

Penerima edaran Al-Quran adalah saudara seIslam di luar negara yang kurang berkemampuan untuk memiliki Mushaf Al-Quran.

8. Berapakah harga sebahagian/senaskah Al-Quran?

Harga 1 bahagian Al-Quran RM 20.00 manakala 1 Naskah Al-Quran RM 40.00.

9. Bolehkah 1 bahagian/senaskah Al-Quran untuk 2 nama peserta atau 1 keluarga?

Tidak boleh, kerana hanya 1 nama peserta sahaja untuk 1 bahagian Al-Quran. Tetapi 1 naskah boleh diletakkan 2 nama peserta atau 1 nama yang mewakili 1 keluarga.

10. Adakah peserta edaran Al-Quran akan menerima sijil penyertaan sebagai bukti edaran?

Ya.

11. Apakah jenis Mushaf yang diedarkan?

EZ Fidyah mengedarkan mushaf jenis Rasm Uthmani (Al-Quran Al Kareem).

KITAB

1. Apakah itu Program Edaran Kitab?

Program Edaran Kitab diwujudkan oleh EZ Fidyah bagi membantu para pelajar Sekolah-sekolah Agama/ Madrasah/ Pondok yang kurang berkemampuan untuk memiliki kitab sebagai kelengkapan pembelajaran.

2. Dimanakah kitab itu diedarkan?

EZ Fidyah menjalankan program edaran Kitab di dalam dan luar negara.

3. Bolehkah memilih negara untuk edaran kitab?

Pihak pengurusan akan memilih Sekolah-sekolah Agama/ Madrasah/ Pondok bergantung kepada permintaan penerima sesuai dengan silibus yang telah ditetapkan, jadi peserta tidak digalakkan untuk memilih bagi memudahkan proses edaran kitab.

4. Bilakah pihak EZ Fidyah akan membuat serahan edaran kitab?

Serahan akan di buat dalam tempoh 3 bulan bagi memudahkan proses edaran, di samping itu juga dapat memberi peluang kepada peserta lain menyertai Program Edaran Kitab.

5. Berapa lama tempoh masa yang di ambil untuk mendapatkan laporan edaran kitab?

Peserta akan menerima laporan edaran kitab dalam tempoh masa 1 bulan 15 hari (45hari) dari tarikh serahan di buat.

6. Adakah peserta akan menerima laporan bergambar dan video?

Bergantung kepada permintaan peserta.

7. Siapakah penerima edaran kitab?

Penerima edaran Kitab adalah dari kalangan para pelajar Sekolah-sekolah Agama/ Madrasah/ Pondok yang kurang berkemampuan untuk memiliki kitab

8. Berapakah harga sebahagian kitab?

Edaran Kitab hanya di buka untuk bahagian sahaja dengan harga RM 20.00 1 bahagian.

9. Bolehkah 1 bahagian kitab untuk 2 nama peserta atau 1 keluarga?

Tidak boleh, kerana hanya 1 nama peserta sahaja untuk 1 bahagian kitab.

10. Adakah peserta edaran Al-Quran akan menerima sijil penyertaan sebagai bukti edaran?

Ya.

11. Apakah jenis Kitab yang diedarkan?

Mengikut permintaan Sekolah-sekolah Agama / Madrasah / Pondok.

EZ Fadaa Sdn Bhd (1185505-X)

Platform Jariah Anda

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2000784

WhatsApp : 013-2000784