JANGAN DISIMPAN DALAM HATI

JANGAN DIBAWA SAMPAI KE MATI

Apa itu fidyah?

Fidyah ialah bayaran ganti rugi yang dikenakan ke atas seseorang yang sengaja meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Apakah hukum membayar fidyah?

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dan ia wajib ditunaikan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Siapakah golongan yang dikenakan fidyah?

Secara asasnya ada 6 golongan yang dikenakan Fidyah:

1. Orang yang sakit kuat / tiada harapan sembuh
2. Ibu yang hamil
3. Ibu yang menyusui bayi
4. Orang tua yang terlalu uzur (nyanyuk)
5. Orang yang lewat ganti puasa
6. Simati yang belum sempat ganti puasa semasa hidupnya

Semua golongan ini dikenakan fidyah, tetapi ia bergantung kepada situasi dan keadaan mereka untuk menentukan samada dikenakan fidyah atau hanya perlu menggantikan puasanya Sahaja.

Bagaimanakah cara bayar fidyah?

Hendaklah membayar Fidyah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras atau gandum (mengikut makanan kebiasaan pada sesuatu wilayah).

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَـهُ فِدْيَـةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ.

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 184).

Cara pengiraan fidyah

Kadar bayaran fidyah ialah sebanyak secupak atau 700 gram makanan asasi seperti beras, iaitu bayaran untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. Fidyah hendaklah dibayar mengikut beras yang dimakan.

Kira fidyah dengan kalkulator kami.

Kiraan Fidyah Tidak Berganda

  • Kalkulator Fidyah
  • Maklumat peserta
  • Bayar

Kalkulator Fidyah

Jumlah HARI puasa ditinggalkan x RM 4 (kadar fidyah) = Jumlah yang perlu dibayar

 


Hari
RM
Jangan ubah nilai ini.

Maklumat bayaran


Jumlah bayaran yang dikenakan.

Maklumat peserta

Sila isi maklumat anda di bawah


Cara-cara melengkapkan pendaftaran untuk 'Offline Payment'

Langkah 1:
Sila transfer sebanyak ke akaun berikut:

MAYBANK EZ FADAA SDN BHD
5624 0562 0118 

Langkah 2:
Lampirkan bukti bayaran/resit anda di bawah. 

PESANAN UNTUK BAYARAN SECARA ONLINE (Billplz)!

Jika anda mendapati status bayaran anda masih 'Pending' meskipun anda telah membuat bayaran kepada pihak kami, sila refresh halaman tersebut selepas 10 saat.

Status tersebut akan bertukar menjadi 'Paid'.

Terima kasih.

Ingin kami kirakan untuk anda?

SITUASI DIKENAKAN FIDYAH & QADA

Sila rujuk rajah di sebelah untuk mengetahui perbezaan situasi sama ada dikenakan fidyah atau qada ataupun kedua-dua nya sekali.

Contoh situasiKena Qada?Kena Fidyah?
Wanita hamil yang yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan anak yang dikandungnya.YaYa
Wanita hamil yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri.YaTidak
Wanita yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan dirinya semasa hamil, menyusukan anak dan dididatangi haid. Kemudiannya dia tidak menggantikan(qada) puasanya hingga masuk Ramadhan tahun depan.YaYa
Wanita yang tidak berpuasa kerana menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan anaknya.YaYa
Wanita yang tidak berpuasa kerana menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan dirinya.YaTidak
Wanita yang tidak berpuasa kerana didatangi haid dan tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang musafir dan berbuka kerana musafirnyaYaTidak
Orang musafir yang tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang sakit yang telah sembuh. Kemudian tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh kembaliTidakYa
Orang sakit sehingga dia tidak dapat berpuasa dan kemudian sembuh semula.YaTidak
Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa RamadhanTidakYa

EZ Fadaa Sdn Bhd (1185505-X)

Platform Jariah Anda

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2000784

WhatsApp : 013-2000784