kenapa KITA perlu wakaf perigi di luar negara?

Bukankah setiap dari kita pernah  mengalami bagaimana susahnya bila terputus bekalan air buat  beberapa hari? Bayangkan keadaan saudara Islam kita di Kemboja, Rohingya, Bangladesh, Kenya, India dan Uganda yang bertahun lamanya mengalami masalah kekurangan air yang bersih. Kita yang berada di Malaysia amat bertuah kerana dapat menikmati sumber air yang bersih dengan mudah. Ini antara sebab kenapa kita perlu mewakaf di luar negara:

  • Faktor cuaca yang panas di negara tersebut menyebabkan takungan air menjadi kering
  • Faktor kekerapan hujan yang turun sangat rendah dalam tempoh setahun
  • Faktor kerajaan yang kurang mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh negara
  • Memudahkan golongan yang tua yang uzur untuk mendapatkan bekalan air bersih dari jarak yang dekat

Fadhilat mewakafkan perigi

Wakaf perigi merupakan salah satu amal jariah yang berterusan pahalanya sebagai amal jariah kita. Sila klik icon (+) untuk bacaan selanjutnya.

“Ya Rasulullah, ibuku Ummu Saad telah meninggal dunia, apakah amal jariah yang terbaik bagi pihaknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Air.” Maka Saad pun membina sebuah perigi dan berkata, ”Inilah untuk ibuku Ummu Saad.”

(Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, ibn Majah dan Ahmad)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang Rasulullah SAW telah bersabda:

“Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.”

(Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah)

Mafhum hadis: “1 hajat saudara yang kita tunaikan, Allah swt akan menunaikan 70 hajat kita.”

GAMBAR PELAKSANAAN

Gambar Wakaf Perigi yang dilaksanakan di luar negara dan pembinaan ini di buat mengikut permintaan atau keperluan penduduk setempat.

Previous
Next

EZ FADAA SDN BHD

No. 80, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint, 68100, Batu Caves, Selangor

ezfadaa.sdn.bhd@gmail.com

013-2000784