Sila rujuk soal jawab di sebelah untuk mengetahui maklumat dengan lebih jelas.
KAFFARAH bermaksud perbuatan yang boleh menghapuskan dosa seperti membebaskan hamba, bersedekah dan berpuasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu “penampal kecuaian” yang dilakukan oleh seseorang manusia
dalam tindakannya.
Hukum membayar kaffarah adalah WAJIB kerana tujuan kaffarah adalah untuk menutup kecacatan perbuatan seseorang, membetulkan kesilapan, membersihkan diri dan membuka ruang untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT.
Kadar / bentuk bayaran kaffarah adalah berbeza mengikut jenis-jenis kesalahan yang dilakukan.
KAFFARAH PUASA
Merosakkan puasa dengan melakukan persetubuhan antara suami isteri ketika sedang berpuasa di siang hari bulan Ramadhan. Maka dia wajib menunaikan kaffarah dengan diberikan 3 pilihan:
Oleh kerana sistem perhambaan dalam Islam telah dimansuhkan, maka gugurlah pilihan pertama ini. Terus pergi kepada pilihan kedua dan seterusnya.
Dengan niat berpuasa untuk menunaikan Kaffarah kerana telah merosakkan puasa Ramadhan. Dan hanya suami wajib kaffarah, manakala isteri tidak wajib, hanya menggantikan puasanya sahaja.
Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin dengan makanan asasi yang mengenyangkan. Hal ini sekiranya tidak mampu berpuasa.
Oleh kerana sistem perhambaan dalam Islam telah dimansuhkan, maka gugurlah pilihan pertama ini. Terus pergi kepada pilihan kedua dan seterusnya.
Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin dengan makanan asasi yang mengenyangkan.
Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin seperti baju, kain dan seumpamanya.
“Jika tidak mampu melakukan satu daripada tiga pilihan tersebut, dia wajib berpuasa selama 3 hari, dan tidak disyaratkan berturut-turut”
– Fiqh Manhaji: Jilid 2, Bab Kaffarah.
KAFFARAH MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang melanggar sumpah, sama ada sumpah palsu atau sumpah benar, maka dia wajib menunaikan kaffarah dengan diberikan 3 pilihan:
Kadar bayaran untuk 1 kaffarah melanggar sumpah (bersamaan 10 cupak berjumlah RM40).
KAFFARAH MELANGGAR NAZAR
Sesiapa yang tidak menunaikan nazar seperti mana yang telah diniatkan (dinazarkan) maka dia wajib menunaikan kaffarah dengan diberikan 3 pilihan:
Bagi yang ingin menebus kaffarah tidak tunaikan nazar, ianya sama sahaja dengan cara penebusan kaffarah melanggar sumpah.
Oleh kerana sistem perhambaan dalam Islam telah dimansuhkan, maka gugurlah pilihan pertama ini. Terus pergi kepada pilihan kedua dan seterusnya.
Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin dengan makanan asasi yang mengenyangkan.
Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin seperti baju, kain dan seumpamanya.
“Jika tidak mampu melakukan satu daripada tiga pilihan tersebut, dia wajib berpuasa selama 3 hari, dan tidak disyaratkan berturut-turut”
– Fiqh Manhaji: Jilid 2, Bab Kaffarah.
Kadar bayaran untuk 1 kaffarah tidak tunaikan nazar (bersamaan 10 cupak berjumlah RM40).
Cara penebusan kaffarah zihar sama sahaja dengan penebusan kaffarah puasa.
Oleh kerana sistem perhambaan dalam Islam telah dimansuhkan, maka gugurlah pilihan pertama ini. Terus pergi kepada pilihan kedua dan seterusnya.
Dengan niat berpuasa untuk menunaikan Kaffarah kerana telah menziharkan isteri.
Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin dengan makanan asasi yang mengenyangkan. Hal ini sekiranya tidak mampu berpuasa.
KAFFARAH ZIHAR
Suami yang menyamakan susuk tubuh badan isterinya dengan mahram suami dengan mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian ZIHAR tidaklah sampai jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan tersebut. Maka dia wajib menunaikan kaffarah Zihar dengan diberikan 3 pilihan:
Kadar bayaran untuk 1 kaffarah zihar (bersamaan 60 cupak berjumlah RM240).
KAFFARAH HAJI
Kaffarah haji lebih dikenali sebagai Dam. Contoh; Dam Tartib dan Taqdir, Dam Takhyir dan sebagainya. Bab ini dibincangkan dalam kursus Haji.
(INFO LANJUT BERKENAAN KAFFARAH HAJI AKAN DI TERANGKAN DI KURSUS HAJI)