Soalan Lazim Mengenai fidyah

Sila rujuk soal jawab di sebelah untuk mengetahui maklumat dengan lebih jelas.

Fidyah ialah bayaran ganti rugi yang dikenakan ke atas seseorang yang sengaja meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dan ia wajib ditunaikan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

Hendaklah membayar Fidyah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras atau gandum (mengikut makanan kebiasaan pada sesuatu wilayah).

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَـهُ فِدْيَـةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ.

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 184).

Kadar bayaran fidyah ialah sebanyak secupak atau 700 gram makanan asasi seperti beras, iaitu bayaran untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan. Fidyah hendaklah dibayar mengikut beras yang dimakan.

Secara asasnya ada 6 golongan yang dikenakan Fidyah

1. Orang yang sakit kuat / tiada harapan sembuh
2. Ibu yang hamil
3. Ibu yang menyusui bayi
4. Orang tua yang terlalu uzur (nyanyuk)
5. Orang yang lewat ganti puasa
6. Simati yang belum sempat ganti puasa semasa hidupnya

Semua golongan ini dikenakan fidyah, tetapi ia bergantung kepada situasi dan keadaan mereka untuk menentukan samada dikenakan fidyah atau hanya perlu menggantikan puasanya sahaja.

NAK KIRA fidyah?

Guna kalkulator fidyah kami & bayar fidyah secara online di sini. 

CARA PENGIRAAN FIDYAH

Jumlah Hari Tinggal Puasa x Kadar Fidyah = Jumlah Perlu Dibayar

Contoh: 30 HARI x RM 4.00 = RM 120.00

*Bayaran telah termasuk caj pengurusan

SITUASI DIKENAKAN FIDYAH & QADA

Sila rujuk rajah di sebelah untuk mengetahui perbezaan situasi sama ada dikenakan fidyah atau qada ataupun kedua-dua nya sekali.

Contoh situasiKena Qada?Kena Fidyah?
Wanita hamil yang yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan anak yang dikandungnya.YaYa
Wanita hamil yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri.YaTidak
Wanita yang tidak berpuasa Ramadhan kerana bimbangkan keselamatan dirinya semasa hamil, menyusukan anak dan dididatangi haid. Kemudiannya dia tidak menggantikan(qada) puasanya hingga masuk Ramadhan tahun depan.YaYa
Wanita yang tidak berpuasa kerana menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan anaknya.YaYa
Wanita yang tidak berpuasa kerana menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan dirinya.YaTidak
Wanita yang tidak berpuasa kerana didatangi haid dan tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang musafir dan berbuka kerana musafirnyaYaTidak
Orang musafir yang tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang sakit yang telah sembuh. Kemudian tidak menggantikan puasanya hingga masuk Ramadhan tahun berikutnya.YaYa
Orang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh kembaliTidakYa
Orang sakit sehingga dia tidak dapat berpuasa dan kemudian sembuh semula.YaTidak
Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa RamadhanTidakYa

EZ FADAA SDN BHD

No. 80, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint, 68100, Batu Caves, Selangor

ezfadaa.sdn.bhd@gmail.com

013-2000784