Apa Itu Fidyah?

Bila dekat sahaja dengan bulan Ramadhan pasti akan terdengar atau terlihat perkataan FIDYAH. Jadi apa yang dimaksudkan dengan fidyah ini.

Fidyah ialah bayaran denda yang dikenakan ke atas seseorang yang sengaja meninggalkan puasa wajib (Ramadhan) atas sebab-sebab tertentu, atau melengahkan ganti puasanya sehingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ianya wajib ditunaikan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya ia tidak dilaksanakan.

Jadi fidyah ini tetap wajib dijelaskan tapi agaknya bagaimana caranya?

Caranya ialah, hendaklah membayar Fidyah dengan cara memberi makanan asasi kepada fakir & miskin seperti beras atau gandum (mengikut makanan kebiasaan pada sesuatu wilayah).

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan

sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Walau bagaimanapun, puasa yang ditinggalkan wajib digantikan walaupun telah membayar fidyah.

Jika anda tidak pasti atau tidak tahu samada dikenakan fidyah atau tidak, boleh cari kami untuk membantu anda dari segi pertanyaan mengenai fidyah, InShaAllah kami akan cuba sehabis baik bagi memberi penjelasan mengenainya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *